Senyumlah selalu wahai [ej@m].

Catatan Terkini


 Powered by Max Banner Ads 

Testimonial BURUK untuk Internet-Webhosting.com

Tags:, .

Aku bengang sangat pagi nie.
Aku ada beli domain baru untuk projek baru, kononnya nak beli dari syarikat hosting yang sama supaya senang aku nak manage.
Kali nie aku beli .my untuk kali kedua, sebelum nie aku beli kat syarikat lain coz harga dia lebih murah dari yg syarikat aku beli nie.
Aku just nak bagi peluang pada aku dan pada syarikat nie.
Ternyata aku silap menilai, ingatkan walaupun aku dah memang ada akaun dengan syarikat nie aku akan terus puas hati tapi aku dihampakan lagi untuk kesekian kalinya.

Sebelum nie aku pernah pakai beberapa hosting tapi semua teruk dalam support mereka.
Syarikat nie ok support nyer tapi untuk kes kali nie aku rasa kecewa sangat.
Kesilapan nyer kecil sangat tapi aku tak dapat terima sebab bukan aku tidak bertanya apa sepatutnya tapi tiada maklumbalas aku beranggapan semua ok.
Bila aku buat semakan timbul masalah.
Aku semak balik turutan reply dlm support tiket tersebut, aku memang sah dah bertanya, “Jika Borang D tersebut tidak clear sila maklumkan saya akan emailkan.”

Aku whois domain tersebut aku dapati ada kesilapan alamat.
Aku reply support tanya sila betulkan, mereka beri harapan kononnya boleh ubah sendiri.
“Untuk makluman anda, anda boleh membuat pertukaran alamat berkenaan setelah domain berkenaan didaftarkan.”
Tu semua berlaku semalam, pagi nie aku nak tau update domain tersebut samaada segala urusan dah setel ker belum, dah aktif ker belum.
Aku dapat jawapan nie pulak, “Untuk pengetahuan anda, Registract contact detail tidak boleh disunting.”

Pulak dah…aku terasa macam kesialan yg amat sangat, pagi2 hari aku dah rasa macam nak menyumpah seranah orang yg bikin panas dalam opis ekon yg sejuk nie.
Orang yg bikin panas bukan dlm opis nie tapi dlm reply support tu.
Terasa ke-tapir-an sungguh orang tu.

Ayat reply aku dah mula berubah, intonasi ayat nampak kurang ajar sikit, dan pasti ayat bunga-bunga taik ayam juga ke-bau-an.
So aku sertakan ler borang D tu dalam bentuk digital yg telah aku scan.
Tu pun lepas aku baca reply nie, “Jika ingin menukar registrant contact, anda perlu hantar Borang 9/Borang D yang baru dan ia mengambil masa 14 hari untuk selesai perubahan.”
Kau nak ambil masa 14 tahun pun aku tak kisah janji detail tu ikut yg sepatutnya.
Sepatutnya tak perlu pun semua tu dibuat dua tiga kali sedangkan ianya boleh dibuat sekali SAHAJA.

Fakta penting yg korang patut tau tentang perangai aku:-
- aku bukan seorang “perfectionist”, kerana aku seorang yg cool.
- aku bukan berkisah pun pasal whois detail yg tunggang terbalik tu pun andai kata whois tu boleh pakai PrivacyProtect, memandangkan ianya tidak boleh di-block dari dipaparkan maka aku rasa ianya patut BETUL & BENAR.
- aku tak kisah pun kalau nak salah, sebab awal2 diorg dah maklumkan boleh ubah sendiri so aku boleh ubah, bila di-update-kan TAK BOLEH UBAH tu yg aku rasa sungguh tooott.

So inilah testimonial daripada aku atas rasa kecewa aku.

Yang benar;
Insan Keciwa..

Posted on 25 June '09 by ejam, under Renungan, Repekan Harian. No Comments.

Jom kawen…

Tags:, , , .

Salam.

Hari isnin muncul sudah, sepanjang 2 hari bercuti sabtu dan ahad lepas aku hanya mem-bizi-kan diri ke kursus membuat anak pra perkahwinan kat tampin, untuk 2 hari tu aku rasa hepi sangat2. Jika buat x-ray aku rasa banyak tali perut aku didapati putus dan berselerak aku rasa, tu semua gara-gara ustaz dan ustazah yg bagi ceramah 2 hari tu. Antara mereka tu aku suka ustaz yg cover 2 jam sesi terakhir semalam, nama ustaz tu aku lupa nanti aku igt aku update. Disebabkan ustaz tu ler aku dan semua peserta kursus tu didapati ketawa tak hengat nyer. Yang best semua join gelak skali, tak kira ler gadis-gadis yg cover ayu ker semua terbahak-bahak gelak. Woi ustaz, kau memang sempoi…

Sijil kursus pra-perkahwinan dah dapat so apa lagi kan…hehe

*update hari nie nk tulis pendek jer, lagipun aku hepi sgt2 bila igtkan ustaz tu…hehe

Posted on 22 June '09 by ejam, under Repekan Harian. 1 Comment.

Apa itu Twitpic.com?

Tags:, .

Twitpic.com

Twitpic.com

Slogan mereka “share photos on twitter”, dah menerangkan apa itu twitpic.com kan. Anda boleh gunakan servis mereka untuk update gambar terkini anda atau ada gambar-gambar menarik yang ingin anda kongsikan melalui followers Twitter anda. Lebih kurang begitulah yang aku faham tentang fungsi twitpic.com itu. Aku belum cuba lagi tapi itulah hasil pemerhatian aku.

Beberapa screenshot untuk tatapan.

Screenshot Laman Utama Twitpic.com

Screenshot Laman Utama Twitpic.com

http://www.twitpic.com

Blog Twitpic.com

Blog Twitpic.com

http://blog.twitpic.com

Akaun Twitter Noah Founder Twitpic.com

Akaun Twitter Noah Founder Twitpic.com

http://twitter.com/noaheverett

(more…)

Posted on 18 June '09 by ejam, under Info Teknologi, Renungan. 4 Comments.

Terowong Smart telah beroperasi semula…

Tags:, , , .

Alhamdulillah syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa, dengan izin-Nya hidungku yg berair semalam telah berhenti mengeluarkan cecair masin tersebut…hehe

Lepas balik dari keje semalam aku singgah ke kedai Ameer Hossain (peniaga Pakistan yg membawa masuk remedi Homeopathy dari Pakistan) untuk dapatkan remedi bagi menghentikan selesema aku ni. Aku telah membeli Influenzinum 200 dengan harga RM9.00 sahaja. Sebaik tiba di rumah aku telah menyediakan globul untuk remedi tersebut, aku terus ambil sebab dah tak tahan sangat sampai hidung aku dah melecet serta mengelupas kulitnya. Selepas 5 minit mengambil ubat tersebut aku rasa lega sangat2 sebab tiada lagi air meleleh…yahooo.com

Malam tadi pun dapat tidur dengan lena sambil berdengkur kot…
Tiada lagi masalah hidung tersumbat yang mengganggu tidur aku. Bangun pagi pun rasa fresh jer, cuma sekarang aku kena amik remedi lain pula untuk pulihkan batuk berkahak aku nie.

Posted on 17 June '09 by ejam, under Repekan Harian. No Comments.

Terowong Smart melimpah…

Tags:, , , .

Bangun pagi dah aacoom..
Biasanya bila aku bersen aku akan pastikan tidak cukup 3 kali berterusan kerana ianya tanda penyakit..tapi apakan daya pagi nie melampau punyer bersen aku rasa…siap mukus2 semua keluar…

Bila hidung mula berair makanya aku jd kurang ceria seperti biasa kerana bizi nak jaga terowong smart yg melimpahkan air tanpa henti walaupun tiada banjir..
Bila selsema pakej yg aku selalu dapat ialah sakit kepala, sakit tekak aku dah dpt dulu sebagai deposit sblom selsema datang sbg pakej tambah nilai…
Hari sabtu lepas bangun pagi aku dah rasa something wrong somewhere bila tekak rasa pedih semacam seperti kering dah berhari-hari tak minum air sedangkan amalan aku sebelum tido satu tegukan air kosong, bangun tido sebotol air kosong…bayangkan dah minum macam tu pun terasa kering semacam..
Seharian aku melepak kat umah jer mengadap tv sambil layan hindustan Thoda Pyar Thoda Magic…hehe

Hari ahad nyer plak adik aku bawak balik durian, aku amik berkat jer dgn menjamah rezeki yg ada…tak banyak pun ada ler 2 biji jer…
Petang tu lepas sesi lepak2 dan borak2 kosong kat pangkin umah jiran yg terisi dengan roti jala yg cik ogy buat…peh sedap tu..
Abah balik dari Merlimau bawak lagi stok durian…penuh kat seat belakang van abah, punggah keluar ada ler dalam 50 biji camtu.
Bila dah banyak tak kan nak adap sorang kan, kami kan keluarga yg baik..edaran sumber terus dibuat ke setiap pintu jiran tetangga…merasalah mereka…

Memandangkan durian dh banyak dan memanggil daku untuk menjamah maka aku terima cabaran tersebut..ada ler dlm sebiji jer aku habiskan…badan dah tak mampu nak masuk lagi sebab tekak dh sakit sgt..
Nasib baik boleh tido malam, kalu tidak kenalah aku jumpa Dr. Suraya mintak remedi durian utk hilangkan penyakit akibat terlebih makan durian..

Kesimpulan untuk hari ini, aku akan terus bekerja keras menjaga air yg melimpah keluar dari terowong smart aku nie…
Doakan moga aku berjaya…

Posted on 15 June '09 by ejam, under Repekan Harian. No Comments.


 Powered by Max Banner Ads